<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, October 31, 2006

Raya Bersama Bebudak PE... 


by Ikinz

Bebudak PE sekelas Matematik
Ajak beraya bersama mereka
Sungguh terharu bila diajaki
Mereka pun gerek-gerek juga

Sehari beraya bersama mereka
Tak kering gusi dibuatnya
Dengan Faizal yang candinya
Semuanya terhibur bersama

Nurah memandu sepanjang hari
Mengunjung semua rakan NIE
Dapat kurasa kemeriahan di hati
Bersama mereka ke sana ke mari

Hanya dua tak dapat hadiri
Yusman dan Jabar ada hal lagi
Tidak complete tanpa mereka ni
Jika tak kerana halangan maka complete lah sekelas ini

Malunya aku mereka ke mari
Tumpang solat di bilik rumah ini
Bukan apa yang aku segankan
Biliknya tak macam bilik yang tak berselerakan

Hanya satu dapat ku sedapkan diri
Jika ikhlas berteman denganku ni
Tak kiralah apa keadaan rumah ini
Asal hati budi pekerti, baik seluruh peribadi

Mereka berjemaah di rumah ku ini
Mengajak aku solat sekali
Bilik Mak yang kecil ini
Tiada tempat nak solat sekali

Rasa ruginya tak dapat saing sekali
Bersama Faizal, Zul dan Hadi
Solat jemaah di bilik Mak ini
Hanya kerana sempit bilik ini

Bahagia datang sekali-sekali
Bila terasa raya bersama mereka ni
Terutama di dalam MPV
Lagu Anuar dan Elina berkumandang lagi

Aku bersyukur dapat beraya
Bersama mereka yang gerek seadanya
Tiada ku lihat mereka mengata
Walau rumah ku ini seadanya

Bahagia bersama Nurah dan Alfiah
Suryati dan Khalisah pun ada juga
Ku harap persahabatan kita sentiasa ada
Ku bersyukur berkawan sesama mereka

Comments: Post a Comment