Saturday, November 25, 2006
Kepulanganku...
Kepulanganku dari Banting seringkali
Disertai dengan kedukaan
Buntu dengan perasaaan ini
Hanya seketika dan ia akan hilang kemudian
Terikat dengan keluarganya
Terasa sungguh dekat
Bilamasa aku berada di sana
Tidak janggal bila sakat-menyakat
Biarpun sudah berumahtangga
Dia masih di sana
Tidak ku sangka akan berjumpa juga
Dengannya kekasih lama
Tiada bicara yang panjang
Tiada kata yang boleh dibayang
Dia dan aku tidak terkata
Bila sahaja bertentang mata
Kecewa kah aku?
Aku pun tak tahu
Yang pastinya aku menghargai
Layanan keluarganya yang menyentuh hati
Kuhabiskan masa di pekan Banting tu
Hanya Mak, Mak Su, Ikhsan dan aku
Ku habiskan waktu di pekan situ
Bersama Ikhsan meneliti kedai-kedai satu persatu
Kita berjalan hingga ke pekan
Di terik matahari kita berjalan
Mereka asyik berkata jauh sungguh tempatnya
Bila sudah mengalami, tak lah jauh mana
Rasa rugi tak main bowling di Fajar
Hanya aku dan Ikhsan saja
Lebih seronok jika Milah ada
Lebih ramai lebih meriah
Ikhsan pandai beri pendapat
Diberi pandangan warna yang cantik
Tak sangka dia sudah mendapat
Seorang wanita di mana cinta berputik
Tidak sah jika tak berbual hingga pagi
Datang dari jauh mengunjung saudara
Itulah yang kami lakukan bersama
Aku dan Ikhsan banyak nak kongsi
Kedatangan kali ini rasanya lebih selesa
Tiada tentangan mata dengan dia
Kerana dia sudah punya rumah sendiri
Bersama isteri dan anaknya sekali
Hati tersentuh melihat dia
Prihatin terhadap adiknya
Selain itu ada lagi yang aku perhati
Dia sungguh rajin sekali
Adik-beradiknya rajin-rajin belaka
Berjualan di samping bekerja
Ringan tangan menguli-nguli
Membuat kuih buat tambahan rezeki
Lama juga dia di Maybankku
Lebih lima tahun rasaku
Sungguh setia dengan yang satu
Di Banting juga dia bekerja tu
Tolonglah wahai hati
Berhenti dari menyayangi
Dirinya yang sudah dimiliki
Insan dari pilihan dirinya sendiri
Kenapa harus ku bawa pulang iye
Dari sana ada kenangan
Perjalanan sering ditemani juga
Lagu-lagu indah yang menjadi peranan
Wahai hati ketahuilah dikau
Ia hanya sementara
Sampai waktu
Kau boleh lihat kehadapan jua
Dia hanya dari masa laluku
Kenangan indah yang diperuntukku
Agar menarik kehidupan hidupku
Tidak lah asyik perkara yang itu-itu
