<$BlogRSDUrl$>

Saturday, December 30, 2006

Bersambung... Pangkor 

by Ikinz



Pangkor... aku datang lagi
Berjumpa lagi di saat ini
Hanya seseorang saja yang aku ingini
Ijam... adik aku yang tidak rasmi

Tidak seorang yang aku temui
Rasa kecewa di permulaan hari
Bila Su beritahu yang Zam cari
Aku dah mula bersemangat kembali

Bukan Zam yang membahagiakan diri
Tapi Ijam yang merubah segala duka
Zam kata padaku yang Ijam mencari
Hingga ke Giam mencari aku di sana

Mulanya bertemu Zam sahaja
Tiada apa yang seronoknya
Adik Ijam belum lagi bersua
Gembiranya... bila dikata Ijam suruh tunggu depa

Usik-mgusik perkara biasa
Itulah adik... yang aku rindu
Tidak lekang gelak di bibirnya
Ada sahaja yang hendak diusik ku

Kupetik gambar tanpa sengaja tu
Dia berlengging tanpa berbaju
Nak petik gambar si Aish tu
Tapi sempat aku masukkan Ijam dalam situ

Berkenalan mereka dengan keluargaku
Terasa gembira di dalam hatiku
Mengeratkan silaturrahim yang sedia ada
Moga ia berkekalan dengan Ijam gayanya

Terlalu singkat masanya berjalan
Dari pagi hingga ke petang
Kita snorkel di Pulau Giam
Makan sekejap di warung nasi ayam

Bersembang lagi dengan mereka
Rasanya tak nak berpisah seketika
Aku tetap harus pergi
Mungkinkah aku datang lagi?

Kita tinggalkan kereta di Lumut. Naik feri ke Pulau Pangkor. Dari pagi hingga ke petang. Baru pulang ke Singapura... Terubat rindu pada Ijam... 28 Dec 2006

Comments: Post a Comment