<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, December 19, 2006

Diariku Pangkor... 

by Ikinz

Selasa, 12.12.2006

6.30ptg
Jemput Su di depan Perpustakaan Tampines dalam teksi ke Msjd Hjh Fatimah.
Seperti dua backpacker wanita bertujuan beradventure.

7.15mlm
Solat Maghrib, solat hajat, solat musafir & solat sunat @ Msjd Hjh Fatimah.
Hatiku gundah gulana. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Su kata "Aku hanya ada kau dan kau hanya ada aku sahaja dari detik ini!"

7.40mlm
Mak telefon untuk doakan aku dan Su.
Terharu dengan perilaku Mak... Sayang Mak! Sejuk sekejap hati ini.



8.30mlm
Ambil nombor bas dari kaunter Grassland Express.
Naik bas langsung ke Lumut, Perak.
Lalu di Imigresen Tuas.
Berhenti @ Pagoh -- Dekat tengah malam.
Lihat KL @ subuh hari. Cantik permandangan. Sunyi tanpa insan.
Alhamdulillah... tak ada apa-apa sejauh ini.


Rabu, 13.12.2006

4.30pgi
Lagi 72km ke Lumut.
Sunyi sepanjang perjalanan ke Lumut. Jalan raya @ Perak sungguh sunyi belaka.



6.00pgi
Berhenti di Perhentian Bus Lumut.
Lihat Era Budget House (seperti di dalam internet).
Disambut dengan azan dari Msjd Al-Adi. Sayup-sayup menenangkan hati.
Solat subuh @ Msjd Al-Adi. Zikir & doa sementara tunggu Su tidur sekejap.
Pengalaman Su naik bas malam. Dia tak cukup tidur.
Berbual dengan Pakcik Msjd. Peramah orangnya...



8.00pgi
Sedia untuk teruskan perjalanan. Siap kaji peta Pangkor dan KL.



9.00pgi
Makan pagi @ gerai dekat Lumut Waterfront.
Makan nasi lemak dengan milo panas. Su makan roti canai dengan milo ais.
Tanya pakcik di kaunter bas
-- 4 jam perjalanan ke KL,
-- 15 min ke Pulau Pangkor (air surut),
-- 30 min ke Pulau Pangkor (air pasang).
Beli tiket ke KL (Kesatuan Expres). Sangsi tapi belum cuba belum tahu.
Bergambar di Lumut Waterfront. Indah permandangan.
Sudah tak sabar nak jejak kaki di Pulau Pangkor!



10.00pgi
Di tiak agen dari feri Duta Pangkor.
Beli tiket RM10 pergi-balik pulau pangkor-lumut.



10.30pgi
Sampai di Pangkor Town.
Naik teksi RM10 ke Pantai Teluk Nipah.
Lalu Pantai Pasir Bogak, Teluk Ketapang.



11.00pgi
Sampai ke Flora Beach Resort.
Jumpa Mat Hitam. Hulur resit deposit ke Maybank.
Chalet nombor 10. Diberi tuala biru.
Agen chalet tetap tidak kelihatan. Sangsi dengan si agen.
Lepak @ bilik. Tengok Astro sekejap.
Ghairah nak merentasi pulau pangkor, pantai yang indah.



1.00ptg
Su sambung tidur.
Aku pulak rimas. Nak keluar, tapi segan dengan orang di sekeliling.
Kuatkan semangat. Buat selamba. Tuju ke Pantai Teluk Nipah dengan kamera.
Saksikan keadaan sekeliling. Palma Beach Resort tak kurang hebatnya.
Panas terik. Jalan di tepi pondok-pondok (watersport) papan.
Lihat papan duduk di belakang salah satu pondok. Duduk merenung pantai.
Masih segan dan malu. Tapi, aku buat selamba. Masa lambat berlalu.
Saksikan gelagat mereka di pantai. Nampak penyelam TDLM yang sungguh hunk.
Ada sekumpulan Mats kat bangku ke kananku. Ku lihat mereka menjeling.
Segan tapi buat dak. Patut ku petik sahaja gambar mereka buat kenangan...
Nak lalu kedai-kedai di tepi jalan.
Langkah ku termati -- Ternampak ramai lelaki, aku patah balik.

2.00ptg
Balik ke chalet. Su menanti... tengah bersiap.
Solat jamak zuhur-asar.
Acara kita di pangkor masih samar.
Yang penting.. snorkel, jelajah pulau, naik bot, trek hutan lipur.
Beli pau sambal (3 utk RM1), air pepsi botol (RM1.50).
Su beli Kuih dadar (3 utk RM1), air mineral (RM1). Berkelah kononnya.Hhmm..



2.30ptg
Sampai di persimpangan, kita dipanggil Syuhadah dari Purnama Watersport.
Aktiviti yang sungguh menarik... tawaran Abg Zam.
Naik bot (RM180). Diajak ke air terjun.. percuma. Kita apa lagi! Yuk, pegi.
Abg Zam tumpangkan Su dan Shaari tumpangkan aku. Kita ke air terjun.
Bimbang tapi tawakkal.
Lalu depan resort, Purnama Beach Resort. Lalu kem motivasi.
Berhenti di hutan, kaki gunung. Hati gundah gulana tapi papan tanda tenangkan hati.
Trek naik ke air terjun. Lalu hutan yang menghijau. Matahari samar-samar.
Terasa macam trek di Jerangkang Waterfall.
Aku dan Su di tengah-tengah. Abg Zam escort di belakang.
Air terjun tak seberapa yang diharapkan. Cetek dan sunyi. Mujur aku ada Su.
Abg berdua tu tunggu di kolam yang bawah. Kita ke atas main 'jacuzzi'!
Abg Zam petikkan gambar. Aku masih segan dengan mereka. Tapi... relak lah..
Balik naik motor dengan miki-mika ni dengan basah-basah.
Gasaklah. Depa semuanya kata tak kisah. Janji, bukan air lautz...





3.00ptg
Turun ke Pantai teluk Nipah.
Janji Abg Zam pukul 8 pagi esok di Purnama Watersport. Kita nak naik bot!!!
Lalu di kedai-kedai yang tak jadi aku lalu. Sekerat jalan, lalu pantai.
Banyak mata memandang. Rimas kita. Susur ke batu-batu yang tersorok.
Air surut. Aku dan Su bergambar di batu-batu sarat dengan teritip besar.
Nak selam... malas. Kita rendamkan diri. Berbual dan bergambar.
Ada mata yang memandang. Naik jelak dengan kelakuan mereka. Buat dak aje.
Terlihat Pulau Giam dan Pulau Mentagor. Matahari terbenam berlalu.



6.00ptg
Relak kat chalet. Tengok Astro.

7.00mlm
Cari makan. Lapar. Lalu di tepi jalan. Macam tak berorang sangat. Pelik.
Jumpa gerai makan di hujung sekali. Ingatkan hanya satu yang buka.
Makan nasi ayam dan minum air laici (RM11).
Jalan-jalan cari cenderamata. Su penat, tak beli apa-apa.
Su pulang. Aku teruskan venture. Rasanya selamat. Chalet pun dekat.
Beli bajus untukku & anak kus, selipar untuk kak min & atah.
Beli jagung cawan, buah jambu & air kelapa. Enaknya... nikmat!
Terdengar seorang kekanak bertanya,'Bang, berapa jagung nih?'
Budak jagung jawab,'Aik! Ada ahli mesyuarat tingkap? RM2 aje, dik!' Hehe..
Tersenyum aku dengan tingkah mereka. :)
Terasa seperti suasana di pasar malam.
Semakin malam, semakin ramai pengunjung. Semakin banyak pulak gerai makan yang buka.

9.00mlm
Tengok Astro. Cerita Anak Bapak.
Mengemas apa yang patut. Fikir nak buat apa esoknya. Tak kan naik bot aje?

10.00mlm
Mandi...
Gelapnya suasana... Zzzzzz..... Tertidur!


Khamis, 14.12.2006

2.30pgi
Terjaga. Terlupa solat. Solat jamak maghrib ke isyak.
Tulis diari hari ini sampai 3.30pgi.

6.45pgi
Su kejutkan. Pisat-pisat bangun. Sejuk!!! Menggigil!
Solat subuh, Wah! dah sekian lama aku terlepas subuh.
Syukur... ni hari aku tidak.

7.15pgi
Sambung tengok Astro. Bosannya cerita-cerita di Astro! :(
Lapar... Aku cekik jagung cawan semalam buat sarapan.
Niat jumpa Abg Zam pukul 8.30pagi aje. Penat sungguh nak bangun.
Bersiap...

8.30pgi
Ke pondok Purnama Watersport.
Beli sarapan. Su beli karipap (keledek + ubi + kentang campur - 3 utk RM1).
Ingatkan kuih kakak kek tapi bukan. (5 utk RM2). Makan dengan kari.
Abg Zam belum tiba. masih tidur. Aku balik sekejap ambil jam.
Tunggu Abg Zam & kawannya di tepi pondok. Tengok-tengok pantai indah.
Orang berkayak, berbot...
Shaari beri salam. Dah sampai rupanya tapi Abg Zam tetap belum sampai.
Diajaknya ke pulau-pulau. Katanya dia lebih arif tentang pulau tu.
Kita setuju. Jalan sudah nak jejak langkahnya.



9.00pgi
Abg Zam tiba. Su nampak dia terperanjat nampak kita ikut Shaari.
Aku tak perasan. Katanya dia ok kalau kita ikut Shaari.
Aku masih belum perasan.
Sampai ke pondok Shaari, aku pelik. Lain pondok kah mika berdua, nih?
Aku tiak si Su. Kita berundur. Harus bersemuka dengan Abg Zam. Angkara dia!
Abg Zam dah sedia hantar pengunjung lain. Bosnya berkeras tak bagi jumpa.
Aku berbelah-bagi. Su tegas. Dapat bicara akhirnya.
Tanya dia macam polis.. mereka dari pondok berlainan. Ish.. tak cakap pun!
Berjanji dengan Abg Zam, nih nak pergi dengan Shaari pulak!. Tertipu.
Abg Zam yang ayak kita, orang lain yang hampir dapat perhatian kita.
Janji tetap janji. Kita naik bot dengan Abg Zam (RM180). Syukur... Settle.





10.00pgi
Lalu Pantai Teluk Nipah (Monkey Bay), Pulau Mentaggor, Teluk Ketapang,
Pulau Pangkor Laut, Tanjung Siapu & Teluk Segadas.
Panjat buai yang tinggi. Duduk, berdiri, bergambar.
Jumpa Abg Arie di Teluk Segadas -- Boleh uruskan perkhemahan untuk ramai.
Teluk Segadas Adventure Camp -- Kelola oleh Abg Arie and kekawan bombanya.
Kem motivasi -- Cikgu tetap harus laksanakan dan beri arahan.
Berbual dengannya adalah satu pengalaman. Gerekz... Insya-Allah, tentang rancanganku.
gua kecil. Banyak monyek. Su nampak biawak besar. Dia terperanjat.
Abg Arie ada kata. Kalau nasib baik, jumpa biawak! Su yang terjumpa
Sungai airnya sejuk! Seronok!!! Su bergambar dengan Abg Zam.
Sambung naik bot. Lalu Pulau Pangkor Laut, Pantai Pasir Bogak.
Abg Zam rempit di salah satu pantai. Seram!!! Korner baring atas bot!!!
Sekumpulan penyelam tak puas hati. Memang bahaya. Abg Zam minta maaf.

11.00pgi
Snorkeling @ Pulau Giam. Tak gerek sangat. Janji Abg Zam pukul 2ptg.
Abg Zam bawa pulang beg kita. Takut hilang.
Su tak tahu snorkel. Takut dengan bot-bot berkeliaran.
Aku tak kurang gayatnya. Masih belum sesuai dengan jaket pelampung.
Su seronok... dia snorkel jauh. Aku buat hal sendiri.
Ditegur seorang budak bot. 'Kak, ok?' Aku cuma thumbs up! Malu!!!
Kaki ku kejang... Simpul biawak. Ish. Dalam laut pulak tuh!
Bergambar sikit-sikit dengan Su. Relak atas batu. Penatz. Kaki sakit betul.
Beralih ke seberang. Lagi selamat nak snorkel. Su lebih selesa.
Petik gambar burung enggang. Adik Penang becok mulutnya. Tapi cute.
Berbaring atas air yang tenang. Abg Zam datang awal, 12 lebih. Memerhati.





1.00ptg
Abg Zam ajak ke Teluk Man. Jangkanya hendak memancing sotong.
Tanpa jawapan... dia pun tak jadi memancing.
Abg Zam terlupa kamera kita! Ish... macam mana nak bergambar?
Sanggup dia berbot balik ke pantai, ambil beg kita! Sayang... Abg Zam!
Lama juga di Teluk Man. Ambil gambar teritip segala.
Ada bunga pasir buatan ketam. Cantik. Menakjubkan.
Ada buaian yang rendah sekali. Ditemani superman. Abg Zam pergi sekejap.

2.30ptg
Berhenti mendadak di Pantai Teluk Nipah.
Ku hulurkan bahagianku (RM90). Abg Zam kata,'Eh, apa nihhh?'
Aku kata... 'Itu bahagian saya, je lah! Lebihnya minta CT!'
Su sibuk cari selipar kami. Ada pulak yang usik dia. Terbongkok-bongkok.
Ada suara dari atas buaian (hammock). Kita gelar 'si monyet'.
Abg Zam minta nombor telefon aku. Aku masih gayat nak bagi.
Cuma kunyatakan yang kita akan ada di situ pukul 5ptg -- Jelajah pangkor!
Su masih dengan marahnya tentang peristiwa siangnya. Soal Abg Zam lambat.

2.40ptg
Ke chalet.
Bersihkan diri.
Solat jamak zuhur ke asar.



5.00ptg
Jumpa Abg Zam di Purnama Watersport.
Janji jelajah pulau pangkor naik motor (RM40).
Orang lain yang tunggangkan kita. Bukan Abg Zam! Terperanjat. Dia kerja.
Bermulanya kenangan yang terindah di Pulau Pangkor.
Naik motor dengan Izam (Adikku). Su naik motor dengan Amy (Adiknya).
Nampak macam adik-adikz. Mereka gerekz giler...
Ambil gambar di atas motor yang berderum laju. :) Bestnya...
Ke Sungai Pinang Kechil. Beli ikan-ikan kering. Banyak pilihan.
Izam kata ada lorong tu... ada 'Anjing Garang' -- Anjing yang akan bising jika lalau.
Kita tak betah. Ingatkan adik-adikz akan temankan masuk.
Hehehe... nampak sah tak tau. Dorang suruh kita masuk je. Mana ada hantu!:p
Beli ikan satay dan sotong kering.

6.00ptg
Ke Foo Ling Kong. Lalu Pekan Pangkor. Banyak mata memandang.
Rupanya adikku ahli 'tiga line' (merah, kuning, hijau)!
Dia juga terkenal dengan ahli dalam rempitnya. Izam Pancung. Hairan aku...
Terkenal dengan budak nakal. Namun dia baik orangnya. Candi. Hati terpaut!
Mula gerimis. Tak seindah di internet. Semak tempatnya.
Tapi tak terlalu kecewa. Dapat berbual dengan Izam... Shahrulnizam...
Mengenali hati budinya. Seronok!!!
Izam kata... kena gerak cepat.
Tempat Cina ni hujan. Kampung sana tak hujan, akan berhenti. Betul kah?
Ternyata. Betul! Hujan berhenti terus.



6.15ptg
Ke Kota Belanda. Hari dah semakin gelap. Ambil gambar sikit-sikit. Bergerak.
Motor meluncur laju!
Bermulanya keintiman kami dengan mereka.



6.30ptg
Ke Batu Bersurat. Tak ada yang menarik. Cuma batu terbelah dua.
Katanya, batu itu semakin hari semakin membesar. Asyik!
Sempat bertingkah dengan mereka tentang mungkin tidak-benarnya cerita tu.
Aku mengalah. Mereka ketawa. Aku seronok berjenaka.
Terus ke makam. Entah siapa punya makam. Terlupa. Yang penting, aku enjoy!











6.45ptg
Sepatutnya berakhir jelajah pulau pangkor jika ikut rencana teksi sewa.
Adik-adikz sungguh baik hati. Masih ingin dibawa berjalan.
Lalu sekolah rendah dan sekolah menengah di Tanjung Siapu (Satu-satunya di pangkor!).
Mentang-mentanglah mereka tahu aku Cikgu! Syukur... Menarik...
Mana-mana di pangkor, aku dipanggil Cikgu! :) Happy...
Singgah sebentar di batu-batu besar di pantai Tanjung Siapu.
Matahari sedang terbenam. Sungguh asyiknya.
Bergambar, berbual dan bermesra.
Bila disuruh bergambar selamba... Adikku berbicara,
'Kami tak pernah dengar kata cikgu. Ni pertama kali dengar kata cikgu!'
Memang pun.. dengar kata Cikgu Zuhaila! Hahaha... Sayang Izam...

7.00mlm
Singgah di tangga pusing di selekoh jalan. Bergambar matahari terbenam.
Adik-adikz seronok mengusik.
Su lambat benar bergambar. Aku dah rimas.
Adik-adikz nak pulang solat dulu. Kita pula belum puas menjelajah.
Janji kepada mereka untuk membeli-belah. Jumpa pukul 8.30mlm.
Adik-adikz hantar pulang hingga ke dalam chalet. Sungguhku tersentuh!
Terjaga betul keselamatan kita.
Aku dah emo. Terngiang dan teringat peristiwa petang tadi.
Solat jamak isyak ke maghrib.

8.30mlm
Izam dan Amy sudah menunggu di depan chalet.
Izam ingatkan aku orang lain. Aku bercermin mata. Mata dah perit.
Tunggang ke pekan cari makan.
Gerai pertama... tutup. Izam terpekik, 'Alamak! Tutuplah...'
Pusing pula ke gerai lain. Terlajak. Terpaksa go-stan. Ramai pulak orang.
Izam dah runsing. Tak tahu nak pergi mana.
Amy ajak makan food court. Aku tak nak!!! Jelak!!!
Luncur laju.. arahnya tak tahu. Mencari-cari kedai makan lagi.
Mungkin ada arah tujuan cuma kita tak tahu.




9.00mlm
Amy memotong. Pekik dari arah motor sebelah.
Kedai dah nak tutup! Mesti pergi shopping dulu!!!
Berpusing balik. Izam dah tergelak. Macam-macam. Aku seronok pulak! Hehehe.
Tak sempat ke mana-mana. Hanya ke kedai Norizan Collections (Kedai Amy).
Ke kedai Amy yang lagi satu jugak. Beli bajus dan key-chains.

10.30mlm
Izam masih di depan. Dia tetap di depan. Amy hanya mengekor.
Berbual dan berbual. Izam nak 'hang' orang yang menipu harga chalet kita.
Aku takut. Tapi, aku nak juga 'save' duit kita. Aku tersepit.
Dihantar aku pulang, letak barang-barang dulu.
Sempatz aku merenung bintang. Aku terpegun.
Amy dan Su pelik kerana mereka tak tahu.
Sesampainya di chalet, aku dan Su terus masuk. Izam dan amy ke resepsi.
Sekejap aje. Semuanya dihuraikan. Selamatz baki duit kami.

10.45mlm
Naik motor ke gerai Kakaknya Izam. Depan Horizon Inn.
Lengang. Tukang masaknya sedang mengorat budak kedah. Hehehe.. Mentel.
Izam takut benar dengan kakaknya.
Kerana tak tolong di gerai, sanggup dia hantar aku dulu.
Pusing-pusing kejap. Baru eksyen sampai gerai nak join kitaorang. :)
Otak penipu... pandai je si Izam ni.
Makan ikan 3 rasa, tom yam campur, telur dadar dan ayam sambal, air laici.
Izam dan Amy join sama. Izam suka MAGGI rupanya.
Nampak Shaari. Izam panggil. Aku ajak makan sama. Dia menolak.
Aku perasan dia kembali. Duduk jauh di sudut sana dengan kekawannya.
Satu masa, Su nampak Abg Zam. Izam panggil. Dia buat bodoh je. Su terkilan.
Berborak-borak sampai pagi. Sudah pukul 12 tengah malam.
Izam candi orangnya. Selamba dan gerekz. Sayang Izam... Terasa selamatz.
Hatiku terpaut.
Su dah mengantuk. Aku masih nak berbual. Terkilan.
Sepatutnya aku sambung hingga pagi. Kalau mereka ok.
Satu pelajaran... kalau nak buat, jangan tunggu kawan. Buat aje. Nanti rugi
Sudah tentu perkara yang bukan melanggar hukum Allah...

*Rupanya Abg Zam cemburu melihat kemesraan kita berjenaka. Memang pun dapat aku rasakan kemesraan kami berempat. Mana tak kami mesra. Mereka adik-adik. Tak malu berbual mesra. Dengan Abg Zam dan Shaari. Terasa malu kerana mungkin mereka sebaya atau mungkin lebih tua. Tak sangka ditekadkan berjumpa kita lepas tu. Sayangnya, adik-adikz kata kita dah balik chalet. Dia pun segan nak panggil. Ish!!! Kalaulah... Hhmmm... Teringat-ingat balik, dah dua kali Abg Zam kata. Dia mencari kita di sebelah malam. Nak ajak berkaraoke, berbual mesra. Apalah Abg Zam... kenapalah malu-malu sangat. Kita pun malu jugak! Ish... Apalah... Wasted!!!*

12tgh mlm
Balik ke chalet. Adik-adikz hantar pulang. Bertanya ke mana mereka esoknya.
Hanya Amy yang mungkin ada di pekan. Izam tak sempat nak aku bertanya.
Hati dibiarkan tertanya. Tentu sekali tidak mengharap berjumpa.
Bila ditanya... aku cuma berkata,'Nak say goodbye!' :(
Masih teringat saat indah bersama adik-adikz. Aku banyak terkilan.
Macam tak nak balik esoknya. Rencananya pergi Genting hari Sabtu.
Berhenti di Ampang, KL.
Hati betul-betul sayu. Tapi hidup harus diteruskan.
Ni lah yang dinamakan kehidupan. Asam garam buat pengalaman.
Mata tak dapat lelap. Masih rindu pada kemesraan adik-adikz.
Tidak mengharap kehadiran Izam... adikku.
Cuma untuk Su, semoga dia berjumpa dengan Abg Zam!

Jumaat, 15.12.2006

2.30pgi
Baru lepas mengemas beg.
Baru dapat lelapkan mata.

9.00pgi
Pisat-pisat bangun. Terlepas subuh!
Su masih tidur. Aku kemaskan barang buat kali terakhirnya.
Kesedihan terasa. Teramatlah sangat. Sungguh. Pengalaman. Manis di Pangkor.

11.00pgi
Bersiap-siap.
Qadak solat subuh.







12.30tghhari
Beransur pulang. Balik kan kunci bilik.
Cari Abg Zam. Belum datang. Selalu jer lambatz. Hhmm... terkilan Su.
Cari Shaari. Niat Su nak sumbang ikhlas kerana ajar snokeling. Lain jadinya
Mula-mula tak jumpa. Kita pun dah nak berangkat.
Tinggalkan pesan dengan si monyet. Kirimkan salam untuk Abg Zam.
Dia suruh call sendiri. Diberi nombor Abg Zam! Yippie!!!
Bergambar sekejap depan Purnama Watersport. Ternampak Shaari.
Tercapai niat Su. Semuanya lancar. Bercakap pun apa yang ada.
Tiba-tiba, muncul adik aku!!! IZAM!!! Sayang kamu!!! Kau muncul jugak.
Sempat aku giat dia. Katanya bangun lepas pukul 1ptg.
Ni... dia kata, pukul 8pgi dia dah bangun. Pelik. Mengapa iye?
Siap aku giat dia tak mandi pagi. hehehe... Dia kata dah wangi.
Dilihatnya beg aku. Dia kata,'Yek eleh... Kecik ajer beg cikgu!'
Ku kata,'Tak besar kau kata? Boleh simpan kau dalam beg ni ar!'
Izam kata,'Bukannya apa. Ada makcik dalam beg ni. Berat dosa je beg ni.':)
Suka aku tengok senyuman dia! Adik Izam... Adik Izam...
Akak kau ni dah terpaut dengan caramu. Biarpun kau sudah lalui bermacam.
Ditanya lagi jika hendak dihantar. Apa lagi. Aku ok ajer. Hehe...
Disuruh ambilkan gambar, kakiku tak reti duduk diam. Happy lah!!!
Izam kata,'Cikgu, cuba kaki tu duduk diam-diam sikit. Nak ambilkan gambar, nih!' Hehe



1.00 ptg
Tunggang motor dengan Izam. Berbual tentang keluarga. Sungguh sayu.
Semoga Allah melindungi Adik Izam dan keluarganya.
Terserempak Amy di tengah jalan. Dia saing. Bestnya... ramainya escort!!!
Amy minta diri. Nak solat Jumaat.
Izam dan Shaari hantar hingga ke dalam bot.
Izam buat lawak lagi. Buat terakhirnya. Dia jalan di tepi feri & menonggeng ke tepi.
Seperti yang aku lakukan dalam air di tepi pantai dekat batu-batu teluk nipah.
Ish.. Budak ni. Senyum-senyum kambing pulak tu.
Aku ajer yang jadi bahan ketawa adik-adikz. Aku biasa jer. Happy... Having fun...

1.30ptg
Naik feri ke Lumut Waterfront. Perasaan sedih membuak-buak.

2.00ptg
Makan tengah hari di Lumut.
Nasi campur dengan air carrot bersusu.

2.30ptg
Solat asar ke zuhur @ Msjd Al-Adi.

4.00ptg
Beli-belah yang terakhir di Lumut Waterfront.
Beli baju dan key-chains lagi.

5.00ptg
Sepatutnya naik bas Kesatuan Expres ke KL Puduraya.
Bas haprak! Kena tipu lagi. Kita naik Indah Expres. Cis... Berdebah betul!!!
Nombor bas disalah beri. 2 kali bagi, 2 kali salah.
Tanya abang bas -- Iya, bas tu memang ke KL. Darah menyirap. Cekik darah. Pangkah.
Keadaan bas... macam boleh terbalik anytime. Seram. Doa punya doa sey.
Terlalu banyak perhentian. Sri Manjung, Gopeng. Merepekz. Aish...
Dah dikata bas tu terus. Kena tipu lagi!
Dah dekat Rawang. Sms Milah.

11.00mlm
Tiba dekat KL Puduraya. Lebih tepat, Menara Maybank.
Orang memerhati aku. Maklumlah, beg aku punyalah 'kecik'. aku selamba aje jalan.
Telefon Milah. Tunggu kat tanga-tangga bangunan. Orang terlalu ramai. Pelik.
Malam hujung minggu agaknya.

11.30mlm
Abang Hadli pandu bersama Kak Gee, Milah, Dania & Hadif.
Makan seafood di Kampung Baru. Tom yam campur, ikan kembong 3 rasa, kailan goreng & ayam kunyit! Macam sama aje menunya tika di Pangkor! Sob... Sob...
Mengadap KLCC Tower. Interesting...
Berbual dengan Su hingga 4 pagi. Maklumlah.. masing-masing masih terkenang.
Bunyi yang aneh tepat pukul 4 pagi. Su masih nak berbual. Aku berhati-hati.
Lama jugak aku senyap. Akhirnya, aku bilang Su... tidur sudah! Seram. Apa je bunyi tu


Sabtu, 16.12.2006

8.40pgi
Su kejutkan. Kelam kabut siap. Patutnya jumpa Azmi pukul 9 pagi. Kesian dia.
Bersiap dan sarapan. Minta diri dari Abg Hadli. Terus keluar.



10.00pagi
Jumpa Azmi di stesen Ampang.
Ke Ampang Point -- Milah nak tukar baju yang tersalah beli.
Pandu ke Restoran Tanjung. Jalan kaki ke stesen KLCC. Tukar ke Masjid Jamek.
Beli tiket bas pulang ke Singapura (Konsortium RM35).
Su berhati-hati nampaknya. Pastikan bukan bas lain selain Konsortium.
Chaotic... Hancus... Terasa seperti aku dimarahinya tika cari-cari penjual tiket.

12tgh hari
Bas Konsortium RM35 (18.12.2006) jam 4 petang.
Beli Chicken Bucket @ KFC.







1.30ptg
Hala ke Genting Highlands.
Ikutkan hati, nak ke Bukit Tinggi sekali. Masa suntuk.
Cancel rancangan ke Colma Tropicale.
Dah mula bosan. Banyak sangat bergambar. Mungkin juga kerana hatiku masih di pangkor.
Perjalanan yang indah. Dikelilingi kabus yang terlalu tebal. Dingin seluruh tubuh.
Terpaksa berhenti 3 kali. Kereta 1.0cc. Apa taknya. Proton Kelisa. Cute aje keretanya
Yang bestnya. Kita bergambar di tengah-tengah perjalanan.
Kereta yang berlalu lihat aje. Kita apa lagi... selamba lah jawabnya.
Seronok bergambar. Macam-macam pose. Aku suka pose sebelum sampai ke puncak Genting.
Pose yang tak tengok kamera! Fwah!!! Aku suka!!!
Kalau dah ramai, alamat kecoh perjalanan. Syukur... Su boleh serasi dengan mereka.
Sampai di puncak. Gerimis. Jalan terlalu merbahaya. Terpaksa gunakan lampu kereta.
Cari parkir. Boleh sesat kalau tidak hati-hati. Alhamdulillah... sampai juga.
Hotel First World. Aku tak suka keadaan. Terlalu ramai Cina. Rasanya macam di Orchard
Aku tetap lebih suka Cameron Highlands. Lagi best!
Makan di KFC. Hehehe...



5.00ptg
Naik Awana Skyway. Azmi gayat! Takut tinggi. Hehehe...
Ok-ok aje. Suka aku tengok kabus yang tebal.
Bergambar-gambar terus. Sampai tak tahu duduk diam. Bertukar-tukar tempat lagi ada!
Azmi makin seram. Kesian dia. Tak lepas tiang tu dipegangnya. Nasib baik tak roboh.

6.00ptg
Solat jamak zuhur ke asar @ surau di Hotel First World.



7.30mlm
Dah maghrib. Beransur ke Banting. Jangka makan di Banting nanti.
Berhenti di gerbang Genting Highlands. Sempat ambil gambar.



9.00mlm
Sampai di Putrajaya. Bergambar di depan masjid Putra & 2 jambatan indah.
Macam paparazzi semuanya. Enjoyz betulz... Penatz n laparz...

10.00mlm
Makan @ Restoran Ayuni. Milah pesan Ikan siakap 3 rasa & sotong tepung. Sedap...

11.00mlm
Sampai Banting. Aku masih segar lepas makan. Nak berbual tapi mereka dah mengantuk.
Mandi dan solat. Apa lagi... tidur lah jawabnya. Zzzzzz.....


Ahad, 17.12.2006

8.30pgi
Suasana di rumah Mak Usu. Seperti yang biasa aku alami tika berada di rumahnya.
Di sini aku selalu bertemu dan berbual dengan Noor. Suasana sunyi.
Mak Usu dan Pak Usu ke Mekah. Adg Din dan Kak Midah ke pasar.
Milah masih tidur tapi di luar. Ikhsan pun tidur. Aku mandi dulu.
Makan nasi lemak. Berbual dengan Kak Midah, Abg Din, Milah and Ikhsan tika sarapan.
Bercerita tentang hal di Genting. Sempat kena giat!
Kak Midah tiak Abg Din ke pangkor. Hehehe... terangguk-angguk dia tanda setuju. :)
Bahagianya pasangan ini walau sudah lama tiada anak. Insya-Allah... coming soon.



10.00pgi
Ke kedai gambar. Milah burn gambar-gambar ke Redang June yang lepas.
Azmi tiba. Terus ke Pantai Morib.
Minum coke. Su minum teh ais limau. Ikhsan minum horlick ais.
Azmi tertipu. Ingatkan air soya. Hehe.
Milah beli sotong goreng. Enak, deh!!! Makan dengan sambal rojak.
Nikmati makanan di tepi batu-bata. Sungguh jauh surutnya air. Bahaya!
Hujan tetiba. Semua melangkah laju. Tanpa sebarang bicara. Langkah terus ke kereta.

12.00tgh hari
Langsung ke Ampang, KL.



2.30ptg
Tiba di Ampang. Memang nak tuju ke Cinta Sari Tradispa.
Mulanya aku cuma nak urut je (RM100) dengan facial (RM45).
Su nak pakej 'Lovely' (RM170). Aku tak tahu nak buat macam mana.
Pertama kali pergi spa. Ambil sama juga macam Su akhirnya (2jam 20 min).
Janji Milah and the gang pukul 5.15ptg.
Maluz tapi sedap diurut. Geli pun ada. Eee... macam tak akan ku pergi urut lagi!
Paisey lah. Ish... Tapi, anehnya si Tuty tahu sakit aku. Semuanya betul.
Kadang-kadang sakit pinggang, sakit bahu kanan dan sakit kepala. Bingo!!!
Semangatz sikit lepas berurut. Tapi, tak lah terasa kepuasan yang macam dibayangkan.



5.30ptg
Parkir kereta di Ampang. Naik LRT ke Hang Tuah. Tukar naik monorail ke Pasar Seni.
Solat di Bangunan KL Sentral.
Jalan ke Central Market. Banyak yang sudah berubah. Beli rehal mini (RM13).
Bergambar lagi. Dah penatz betul. Mata dah tak boleh angkatz. Nak tidurz aje.

8.00mlm
Makan di 'food court'. Makan nasi goreng nenas. Pedas giler!!! Banyak lada sulah.
Kedua kali terkena pedas tika bersama Azmi dan Milah. Dulu di Restoran Tanjung Puteri



9.00mlm
Perjalanan ke KLCC. Azmi pulang ke Banting. Kesian dia. Datang jauh-jauh nak join.
Berpisah dengan Azmi di stesen Pasar Seni.
Bergambar di KLCC. Pergi ke jambatan (dalam cerita Laila Isabella). :)

11.00mlm
Naik teksi ke Ampang. Pelik. Semua teksi tak mahu ambil. Memilih sungguh. Dugaan...
Ke gerai makan dekat rumah Kak Gee. Belakang rumahnya aje. Terlalu lah dekat.
Berbual dan bertukar-tukar nombor telefon bimbit.
Milah makan roti tampal. Aku minum milo panas. Ikhsan... biasala. Milo ais. Su sama.
Pulang akhirnya. Kak Gee tegur-sapa. Niat nak berborak lepas mandi.
Dah mandi. Dah kemas. Aku turun. Ruang tamu gelap. Kenapa semua dah tidur awal, iye!
Tengok jam. Baru pukul 10 malam. Pelik. Kejut Milah. Pisat-pisat dia bangun.
Aku tanya biasa pukul berapa mereka tidur. Katanya pukul 12 lebih.
Tengok jam lagi. Laa... dah pukul 2 pagi.
Aish... nampak sah aku tak nak balik Singapore lagi ni.
Tak sempat berbual dengan Kak Gee. Aku buat rumah dia macam hotel pulak. Ish!
Esok mesti bangun awal lah. Sebelum Kak Gee pergi kerja.

Isnin, 18.12.2006
7.00pgi
Terkejut dengar suara Kak Gee suruh Milah bangun. Aku bangun.
Tunggu mereka bersiap. Tunggu kat bawah. Ikhsan pun dah bangun.
Minta maaf dengan Kak Gee. Dia ok. Diberi keropok lekor.
Dia tunggu kita balik rupanya. Tapi kita balik lewat. Ish... Kesian dia tunggu.
Bersalaman dan berpelukan. Alhamdulillah. Jumpa juga dengan Kak Gee.
Thank kiu Kak Gee for the stay.



10.00pgi
Sarapan dengan Ikhsan dan Haidal. Haikal asyik dengan game nya.
Makan nasi goreng kicap dengan telur dadar. Minum air milo panas.
Satu... satu anak Kak Gee bangun. Aku melayan. Seronok.
Hadif... cutenya. Dania pun tak kurang juga. Berposing-posing ambil gambar.
Mandi dan turun balik. Maklum lah. Hari terakhir. Nak bermain dengan anak Kak Gee.

12.00tgh hari
Milah call. So sweet. Ucap selamat tinggal.

1ptg
Ready to go. Azmi pulak call. Hehehe... sweeetnya dia! Hhmm... Itulah kalau dah mesra
Sayang nak tinggalkan. Insya-Allah, Azmi akan ke Singapura.
Makan tengah hari. Bibik sediakan nasi dengan lemak pucuk paku, rendang dengan ayam kicap. Minum sirup oren. Enak betul... Terima kasih, Bibik!

2.30ptg
Ikhsan hantar hingga dapat teksi. Hadif nak ikut! Dia menangis. Kesiannya...
Naik teksi ke stesen Puduraya. Kena tipu lagi. Biadap sungguh si pemandu.
Lalu Setapak (RM21). Cekik darah. Semoga Allah balas kelakuannya.
Su macam buat perangai sikit. Aku sabarkan diri aje.
Aku doa agar selamat sampai Singapura. Yang lain boleh tolak tepi.

3.45ptg
Sampai di Menara Maybank. Jalan ke stesen Puduraya. Su buat perangai lagi.
Rasaku macam tak patut. Tapi aku biarkan aje. Dugaan... Masya-Allah...
Bas terlambat. Tunggu di Platfom 19. Lama. Penat. Mata dah sakit. Kena asap bas.
Mata terlalu lah pedih. Bagai termasuk air sabun. Sabar...

5.00ptg
Bas tiba. Teroverloaded pulak. Terlebih 2 orang. Ada yang tak mahu mengalah.
Aish... tunggu lagi. Bas bergerak pukul 5.15ptg.
Hujan lebat di KL. Hujan terus dari Johor ke Singapura.
Sesak di Imigresen Tuas. 1 jam.

11.30mlm
Adik Mimi ambil. Hantar Su pulang.

Itu ajer lah diari pangkor ku... :P


Comments: Post a Comment