Monday, December 25, 2006
Kerana Terlalu Banyak Ketawa...
Terlalu banyak ketawa
Inilah padahnya
Aku bertengkar dengan dia
Yang baru balik dari KL rupanya
Hati riang dari siang
Asyik ketawa tak terkata
Meleret-leret hingga ke pagi
Aleh-aleh kena tengking dengan si Aki
Aku kakak dan dia adikku
Aku menengking kerana anginnya
Aku pula disalahkan ibu
Dijeling dan direnung bagai orang salah
Dari riang bertukar duka
Sudah malas hendak bersenda
Adakah kerana terlalu banyak ketawa
Hingga memakan hati kian berang
Si dektu pun satu juga
Ada ke aku disindirinya
Dikatanya aku berjanji entah apanya
Akhirnya tak satu pun yang aku kota
Ada kalanya berdiam ada baiknya
Kekadang disalah tafsirkan juga
Aku tersepit di tengah-tengah
Antara hati dan kasih-sayang
Wahai hati damailah dikau di sini
Seringkan kau disalah erti
Orang tak akan nmengerti
Hati yang sering sedih
Ya Allah... Tolong lah aku
Untuk menjaga mulutku
Menjaga kelakuanku dan fikiranku
Agar orang tak benci memandangku
Amin... Amin... Amin...
