Saturday, January 13, 2007
Ada Sesuatu Tentang Diriku...
Semut hitam ke sana ke mari
Mencari arah yang tak pasti
Ku biarkan ia berlari
Mencari sesuatu yang masih samar lagi
Seperti diriku juga lah
Masih juga mencari-cari
Sesuatu yang tak pasti
Penantian yang tak bertepi
Bila dugaan datang menjengah
Aku jadi bingung begini
Ku tahu itu dalam kemampuanku
Allah berikan kepadaku
Aku redha tentang ketentuanNYA
Aku redha dengan bahagianku
Tapi aku sedih memikirkannya
Jalan hidup yang ada juga peritku
Tiapkali aku berfikir lagi
Sedih datang hadirkan diri
Aku jadi pelik sendiri
Dengan kemampuan dan keadaan diriku
Aku lain dari yang lain
Cara berfikirku berbeza pesen
Mereka boleh berfikir yang mudah
Aku selalu berfikir yang susah sahaja
Cara fahaman ku juga berbeza
Hingga mereka naik darah adakalanya
Ku perlu diberitahu berulang kali
Baru aku boleh memahami
Istimewa kah aku
Atau memang kurang kepandaianku
Adakah manusia lain seperti aku
Memahami setiap kelakuanku
Adakalanya ku terfikir tentang mati
Seperti ia menjemput kakakku
Adakah ia akan terjadi
Juga terhadap diriku
Datangnya tika berusia muda
Belum juga berumahtangga
Tika masalah bertimpa-timpa
Perginya nanti tanpa kesan apa-apa
Kesedihan bukan kerana apa
Kulihat gambar-gambar mereka
Pernahku sayang hingga ke lubuk hati
Tapi sayang... aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja ni
Bilakah akanku rasa
Nikmat bahagia berkeluarga
Impianku sejak kecil lagi
Menjadi puteri bertemankan putera gagah berani
Ada apa denganku
Itulah yang ingin ku tahu
Belum ketemu jawapan yang pasti
Aku masih lagi tercari-cari
Biar apapun dugaan... semoga Allah menemaniku di setiap langkahku... Insya-Allah...
