Saturday, January 27, 2007
Anehnya Manusia...
Semua insan punya kelemahan
Salah dan silap perkara biasa ni
Memang manusia semua punya keanehan
Terserlah tanpa disedari
Berjanji pada diri sendiri
Tidak akan masuk campur lagi
Apa jua urusan tak harus dicampuri
Biarkan diselesaikan sendiri
Biar mendengar segala luahan
Tak perlu diberi apa-apa pendapat
Sering sahaja disalah ertikan
Baik berdiam dari memberi nasihat
Nasihat perlu untuk kesadaran diri
Berhati-hati itu yang harus diingati
Salah-salah menasihati
Memakan diri dan hati sendiri
Kadang-kadang ku pelik sendiri
Kesilapan orang dilihat lagi
Kesilapan sendiri dikaburi
Mata sendiri tak perasan lagi
Bahagia yang ku cari
Bahagia yang ku dapat kini
Di mana jua ku berdiri
Di situlah ada bahagia yang menanti
Tak perlu belas kasihan orang lagi
Mampu untuk berdikari
Buat hal sendiri lagi penting ni
Dari memikirkan yang bukan-bukan lagi
Ya Allah... Kau lindungilah aku dari menyakiti atau disakiti. Amin...
