<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, January 10, 2007

Apakah Maksud di Sebalik Sakitku??? 

by Ikinz

Mulanya dari sakitnya pinggang
Terasa sikit macam lah biasa
Tapi ia bukan senggugut nak datang
Rasanya lain bukan yang biasa

Maggi tom yam pengalas perut
Hanya itu dan roti buat perut
Esoknya tiada selera makan
Tiada nafsu walau makanan kegemaran

Ditampal koyok dan dimakan ubat sakit muscle
Kuingat baik lah ia nanti
Tapi lain pula jadinya
Aku separuh pengsan di dalam mrt

Terasa macam pendek umurku
Sempat aku mengucap sebelum ajalku
Jika ia datang mengambil nyawaku
Aku rela... asalkan ku dapat bertaubat dahulu

Kepala terasa berat
Minda sudah tidak berfungsi
Aku rasa macam nak rebah
Terasa ada orang menarik tanganku ini

Ku lihat kepalaku hampir tersembam
Ke lantai... aduh malunya
Bila kusedar, ku seakan nak pengsan
Ku menyangkung sambil menutup mata

Kutelan jeruk oren
Berpeluh sungguh seluruh badan
Dapat duduk sekejapan
Masih jauh perjalanan

Seram sejuk terasa badan
Bila di rumah ku rehatkan diri
Terasa tekak perit semacam
Macam nak dapat sakit tekak gini

Demam tiada tapi mulut terasa panas kini
Apa lah punca sakitku ini
Datang serentak sekali
Macam aku ada buat banyak dosa sekali

Tiapkali aku sakit aku tahu puncanya
Setiap dosa yang aku lakukan
Aku tahu itulah penyebabnya
Tapi kini... aku masih memikirkan

Ya Allah... Tolonglah aku
Sedarkan lah aku
Tentang dosaku
Agar dapatku bertaubat kerana itu

Amin...

Comments: Post a Comment