Monday, January 08, 2007
Hari Pertama
Hari pertama sekolah
Ku digembirakan dengan lawak jenaka
Kawan-kawan yang sedia mengusiklah
Diriku yang asal boleh aja
Katanya Lia mukaku berseri
Entah mengapa aku pun kurang pasti
Kulitku seperti kegelapan sedikit
Mungkinkah kerana ku berpanas terik?
Hati berdebar seperti biasa
Acapkali ia terjadi
Hendak hadir di kelas kira-kira
Tak tahu apa nak ku siapkan diri
Berjumpa si Jab dan Fai
Mereka mengusik diriku lagi
Memanglah mereka tak boleh bersemuka
Ada yang nak dikenakan aku aja
Tak kering gusi dalam kelas
Seronok berjumpa mereka lagi
Terasa sungguh akrab dengan pantas
Dengan yang lain-lain pun tak kurangnya lagi
Permulaan hari yang mnyeronokkan
Akan ku merindui kelas kiraan
Setahun setengah bersama bersepakat
Kenangan yang terindah yang terpahat
Tiada kurangnya bersapa
Dengan yang lain bila bersemuka
Terasa diri dihargai semua
Tak menjeling bila bersua
