<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, January 02, 2007

Hatiku Berbunga Terus... 

by Ikinz



Tahun baru membuka cerita ku ini
Panggilan Zam mengejutkan aku
Mencari Su yang berdiam diri
Rupanya tidak kedengaran panggilan itu

Ijam memanggil di keheningan pagi
Hanya ingin bertanya khabarnya diri
Rasa bersalahnya tidak membalas
Setiap ucapanku dalam sms

Mata sudah pun hendak terlelap
Berpisat-pisat aku bersangap
Terjaga dari lenaku yang pendek
Rasa ghairah mendapat panggilan adik

Bermulanya ia dengan gelaknya
Serinya suasana dengan guraunya
Tiaknya disuruh ku cepat panggil
Kreditnya habis tak boleh memanggil

Perbualan berlarutan hingga ke pagi
Banyak juga menjadi bicara hati
Dari hal kami di Pangkor sana
Hingga ke hal keluarganya

Kita berkongsi cerita yang sama
Masing-masing punya perit cerita keluarga
Dia lebih mengetahui tentang perkara-perkara
Membuka mata dia untuk segalanya

Sungguhpun umurnya masih setahun jagung
Pemikirannya matang tak terbendung
Dibicarakan soal pendirian diri
Tertarik ku pada dirinya lagi

Diusik-usiknya aku acapkali
Seringku marah tak tahu dipermainkan selalu
Dikatanya dia tulus dari hati
Jika berbohong, gelak lah dia menahan tawa tu

Terdengar hujan lebat di sana
Menumpang berteduh di Purnama gayanya
Basah lencun bajunya di badan
Berteduh dia bawah chalet yang tak lain dan tak bukan

Dikatanya aku berbual tak henti
Disuruh tunggu... ku teruskan juga macam keretapi
Manalah aku dengar dia suruh berhenti
Disuruh ulangi aku malas lah nak repeat lagi

Rasa janggal tak bertepi
Rasanya macam tak ada yang nak dibualkan lagi
Namun hal keluarga pembuka segala bicara
Cerita kami berkongsi pengalaman gayanya

Katanya hendak berhijrah nanti di bulan Februari
Ke Pulau Pinang katanya lagi
Balik Pulau nama tempatnya
Rindulah aku nak mencari dia di sana

Dikatanya ingin mendapat pengalaman baru
Mencari-cari masa hadapan yang belum tahu
Ingin mencuba menimba pengalaman lagi
Dalam urusan kereta proton katanya lagi

Tak akan ku tahu jika berubah nombor yang diberi
Dijanji akan beritahu ku nanti
Semoga dia menjadi adik yang sejati
Seperti yang aku selalu doakannya lagi

Tak diambil benda yang haram
Dia tahu akibat yang membawa padah
Berkawan sudah dengan kawan yang bermacam
Tapi satu pun tak menjadi ikutan lah

Segala tanda tanya mendapat jawapan
Dia masuk kerana bergaduh
Dihenyaknya orang yang tak sopan
Itulah dia masuk dan tak akan buat lagi... sungguh!

Orangnya suka menolong yang merana
Punya rasa perikemanusiaan segala
Ditolongnya dengan ikhlas lakunya
Dibalas dengan tuba lagaknya

Hendak dibunuh perempuan yang ditolongi
Tak mengenang jasa yang diberi
Bukan hendak balasan yang meninggi
Cuma kebenaran yang bukan dia yang melari

Kata-katanya sungguh menikam jiwa
Ditolongnya bukan setakat wang ringgit sahaja
Dibeli pakaian dan tiket bas segala
Namun itupun tidak di hargainya

Dia punya akal yang waras juga
Dibiarkan diri dibelasah keluarganya
Keluarga sendiri ingin melindungi
Kerana kematangan... dia menghindari

Acapkali niatnya baik
Dibalas dengan kejahatan manusia
Biarlah orang nak buat yang tak baik
Yang penting... dia ketahui kebenarannya

Luhur sungguh budi pekerti
Punya watak yang candi dan kekek
Memang sungguh memikat hati
Walau berkemampuan, dia tetap ku anggap adik

Berjanji kita bertemu lagi
Di lain masa dan ketika
Mungkin ke Pulau Pinang kali ini
Berjumpa dia dan bercuti segala

Digiatnya tentang tak mandi
Dikatanya mandi lebih dari dua kali
Kutanya kenapa mandi banyak kali
Dijawabnya selalu masuk dalam laut lagi!

Rempitnya sudah dibuang lama
Tiga tahun sudah katanya
Dia insaf.. tak buat lagi
Semenjak abahnya meninggalkan dunia ini

Hanya satu belum tercapai
Bersekolah lagi menghabiskan apa yang dipelajari
Dirasanya sudah tua yang mengapai
Sudah tak mahu belajar lagi

Aku dikata tidak tua lah lagi
Disuruh tidak belajar tinggi
Bila nanti dipinang suami
Duduk rumah dan jaga makan minum aje nanti

Dicerita tentang membeli baju
Dikatanya malas selalu
Dibeli sekali tiga dengan corak yang sama gitu
Dia malas nak membuang waktu

Disindir sikit tentang kami
Tapi bukan sindiran pedas lagi
Hanya kebenaran antara perempuan dan lelaki
Hai... memanglah dia lelaki sejati

Pertama kalinya... Ijam menelefon...

Comments: Post a Comment