Monday, January 22, 2007
Kisah Hari Ini
Dikejut dengan panggilan
Dari seseorang ku kira teman
Habis sudah pelajaran hari ini
Dia meniak tika ku berjalan kaki
Irsuy menyebut nama sekolah
Rasanya aku lah yang dipanah
Ditoleh dan lihat betulkah
Memang lah dia nak kenakan aku lah
Pelik sungguh dirinya
Di sekolah sana dia mesra
Di sekolah sini dia bagai malu-malu
Hari ini ternyata dia kembali ke asal dulu
Berbual sekejap itu dan ini
Kita akan satu sekolah kembali
Akan terjalin satu ikatan persahabatan kini
Antara dia dan aku... berjuang lagi
Ku dikejutkan dengan berita terkini
Sakit melarat kerana diri sendiri
Mungkin ulcer yang aku hidapi
Disuruh doktor pergi skop lagi
Ternyata kelemahan diri membawa beban
Rasa takut, bimbang hingga kegentaran
Mengeluarkan acid di dalam badan
Kini ia melarat bukan sekadar gastik ajakan
Debaran hati punca pertama
Membawa hingga ke 'papi' ya
Dinasihatkan doktor beberapa perkara
Antaranya makanan yang harus ku jaga
Tiada lagi sambal yang kugemari
Tiada lagi nescafe minuman pagi
Tiada lagi cokelat pengisi energi
Tiada lagi air bergas tika makan tengah hari
Minum susu tiga kali sehari
Makan telur 2 biji tiga kali seminggu
Itu untuk naikkan berat badan ini
Yang terlalu kurus nak menampung semuanya itu
Batuk-batuk yang aku alami
Kuminum ubat penghilang gatal di tekak ini
Itu yang pernah diberi
Sekarang aku tak boleh memakannya lagi
Semua kandungan mengandungi
Ada bahannya yang tak sesuai lagi
Untuk aku yang ada gastrik serius ini
Dengarkan aje lah kata doktor Balkis ini
Doktor kata aku mesti belajar mengikis rasa gementar. Jika tidak, aku kena hidup dengannya sampai bila-bila. Semoga Allah menolong aku merubah gementar ku ini agar menjadi sesuatu yang lebih baik. Amin... Amin... Amin... Ya Rabbal A'lamin...
