<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, February 07, 2007

Apakah Salahku? 

by Ikinz

Tiap kali mengelak
Tetap jua jatuh tersungkur
Jalan yang satu tak dapat
Jalan yang halus dipakai

Kalah dengan pujuk rayu
Bukan darinya
Tapi dari yang dekat denganku
Marah dan marah tapi tak berdaya

Duit lagi dan duit lagi
Berduit kah?
Adakah ini balasan?
Kerana tidak bersedekah selalu?

Punya pilihan untuk menolak
Mengapa aku tidak
Mengapa aku tidak tegas
Mengapa aku masih lemah?

Menangis dan menangis
Itu aja yang mampu
Kaki melangkah sambil menangis
Siapa yang kesian?

Mereka mampu menolak
Tapi mengapa bertanya padaku pula
Kesiankan mereka
Aku pula yang menanggung

Bilakah ini semua akan berakhir
Tak tahan menahan derita
Siapa yang mengerti
Sendiri tidak punya cukup untuk simpan

Apakah kesudahan diri ini?
Mati kerana sakit hatikah?
Atau akan terus diperguna?
Tunggu aku mati baru mereka nak sedar

Biarlah ini sebagai sedekah
Kerana ia tak akan kembali
Kerana kurangnya aku bersedekah
Kerana itulah aku kembali tenang

Ujian dan terus ujian dariNYA
Bilakah masanya akan ku jadi tegas
Tegas dan kuat melawan
Orang seperti mereka

Allah tolonglah aku
Dan juga keluargaku
Sedarkan lah mereka
Agar tidak menyusahkan

Bersedekah lah aku untuk yang memerlukan. Aku sudah ikhlas...

Comments: Post a Comment