Monday, June 04, 2007
Dia Masih Ambil Berat
Kudengar kata-katanya
Tapi dia sengaja mengelaknya
Disuruh nenek mengatakannya
Namun... telahku dengar bicara mereka
Hati sayu mengenangkannya
Dia masih ambil berat juga
Makan ke tidak anaknya
Patutlah dia pernah bertanya
Syukur pada Allah
Kusedari keadaannya
Tak lah dia biarkan anaknya kebulur
Akan dipastikannya kita makan juga
Namun keadaan tetap dingin
Ku tak betah duduk di mana ada dia
Hingga tergamak aku melarikan diri
Tika hampir bertembung dirinya
Keadaan kian berubah
Menjadi seperti aku kanak-kanak
Aku redha dengan ketentuanNya
Kerana aku tahu Allah nak beri pahala
Ya Allah...
Kuatkan lah semangatku
Kuatkan lah imanku
Jadikan lah aku insan yang solehah
Jadikan lah aku anak yang tak derhaka
Amin... Amin... Amin...
