<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, July 11, 2007

Istiadat Perlantikan Guru-guru 








by Ikinz

Bergelarlah aku guru terlatih
Di sini bermulanya cerita baru
Kini bertapak di bumi yang nyata
Guru lah aku gelaranku kini

Tiada yang istimewa di hari ni
Tak kuberitahu dia pun tentang pertabalanku
Terlalu banyak yang telah berlaku
Tak ingin ku imbas segala yang pahit

Ku layari kehidupan dengan perit
Tanpanya di sisi terasa perit
Pincang lah aku seketika
Tanpa sayap yang kuat untukku terbang

Di berubah serta merta
Ku ikhlas dengan keadaannya
Ku belajar untuk tidak mengharapkan
Kasihnya dari sepenuh hatinya

Kubelajar berdikari
Andaikata ku kan sendiri
Tanpa sesiapa di sisi
Insya-Allah... ku akan tabah menghadapi

Kerana perubahan, ku ke sana bersama teman
Yang sering bersamaku tika duka
Dia hadir menemani
Sanggup apa saja untukku

Terima kasih, Sha
Tanpa perangsangmu siapa lah aku
Walau kecil mana pertolonganmu
Aku bersyukur kerana itu

Comments: Post a Comment