Friday, August 10, 2007
F.U.A.R.
Bermimpi aku tentangnya
Ia segar dalam ingatan minda
Tak terkata sepatah kekata
Diam mebisu seribu bahasa
Apakah petandanya
Hadirnya dalam mimpi
Membuat ku takut tak semena
Asyik dia yang menemani
Sebelum lena ku ingat dirinya
Terjaganya aku wajahnya menjelma
Aku dan dia hanya biasa
Mengapa dia selalu yang kunjung tiba
Kucuba menyingkirnya dari ingatan ku
Kerana kita belum mengenali
Dia ibarat bintang ikon di sekolah ku
Aku hanya pendengar dan pemerhati
Siapalah aku dibanding dengan dirinya
Punya ciri berlainan dan berbeza sekali
Lebih pemerhati dan lembut bicara
Jadi pemikat sesiapa yang mendekati
Berilah aku kekuatan
Mengharungi kebahagiaan di sekolah
Sebagai seorang guru yang berwibawaan
Disayangi semua murid di sekolah
Tentang dia biarlah rahsia
Penyinar dan penyeri suasana dia sekolah
Hadirnya mecalitkan warna
Indah-pindah di pandang mata
