<$BlogRSDUrl$>

Saturday, January 19, 2008

Tak Seindah Segalanya 

by Ikinz

Tak seindah wajahnya
Tak seindah senyumannya
Tak seindah yang diperkatakan
Semuanya mula terserlah perwatakan

Biarlah ia jadi kenangan
Antara yang manis pernah kukecapi
Memang bukan mudah nak angankan
Idamanku jadi pujaan hati

Moga Allah membuka hati
Menerima yang baik hati
Biar rupa sedap dipandang sahaja
Budi pekerti sentiasa ada

Susah nak luahkan apa yang terbuku
Mengapa dia begitu
Ini kah hikmah yang ditunjukkan
Biar aku menilaikan

Tahun demi tahun berlaluan
Aku lalui bersama kenangan
Setiap tahun berbeza kenalan
Tak satu pun lekat di hati yang keseorangan

Memang betul bagainya laku
Malu jadi hiasan diri
Biar tak kenal ramai yang di situ
Kaya kan dengan tawaduk diri

Rupa bukan segalanya
Mana nak cari yang diidami
Pergilah jauh wahai kekasih
Jauh dari hati yang luka ini

Comments: Post a Comment