Sunday, February 17, 2008
Aku Dilamun Cinta
Hatiku berbunga
Bagai kupu-kupu terbang tinggi
Terbang menjauh ke awan sana
Tiada hirau di sana sini
Dilamun cinta entah dengan siapa
Cuma dapat kurasakan keringanan mindaku
Bahagia dengan apa yang ku ada
Bersyukur aku kerana itu
Terasa sungguh kurniaan Tuhan
Datangnya mereka satu persatu
Bukan hanya dia yang menghadirkan
Cinta sejati yang aku cari-cari tu
Semalam teringat setiap peristiwa
Mahukan dia meminta maaf
Hati geram sampai tak sedar
Tertidur dalam kepenatan
Hari ini hari yang baru
Akan ku lihat kehadapan
Menyayangi diriku
Jangan hiraukan apa kata 0rang
Allah itu adil
Diambilnya seorang dari hati
Diberikan yang lain
Aku lah yang harus menilai
