<$BlogRSDUrl$>

Thursday, February 07, 2008

Anehnya... 

by Ikinz

Anehnya keadaan...
Ada juga yang susah nak memahami
Mungkin mereka rasa ia yang terbaik
Dan aku lupa segalanya

Biar mereka fikir aku yang tak siuman
Tapi aku tetap dengan pendirian
Hanya aku yang memahami diriku
Kehendakku, kepercayaanku dan pendapatku

Difikirkan semula... acapkali ia berlaku
Dia belum memahami diriku sepenuhnya rupanya
Biarlah aku senyapkan diri dulu
Kerana selalu terluka dengan kata-katanya

Berundur aku kejap ke dalam lindungan
Bertafakur sendirian
Kerana aku nak berseorangan
Tanpa sesiapa yang menganggu pemikiran

Comments: Post a Comment