<$BlogRSDUrl$>

Saturday, February 09, 2008

Kenapa lah dengan aku 

by Ikinz

Harus ku belajar menyimpan rahsia
Walau kecil mana pun ia
Harus hormati yang empunya diri
Percayakan aku yang kekadang terlepas kata hati

Itulah aku suka membongkari
Rahsia orang yang mempercayai
Kini ku dapat balasannya Ilahi
Dibongkari segala rahsia hati sendiri

Berhati-hati lah wahai diri
Jangan suka berkata-kata yang tak mesti
Walau kau anggap ia satu pendapat
Tak mungkin direstui orang... ingat!

Aku cuma ingin mereka hormati
Segala cerita suka-duka ini
Bukan untuk dijajani
Walau rapat mana kita ini

Malu tetap malu yang tak bertepi
Terbukanya pemikiran ada caranya
Bukan dengan memberitahu itu dan ini
Segala rahsia dalam hati

Tak kusalahkan sesiapa
Balasan untuk diriku juga
Kerana kekadang ku alpa
Berkongsi cerita dengan sesiapa saja

Ampun kan ku, Ya Allah
Dengan segala keterlanjuran kata-kata
Kuinsafi kedaifan diri
Tolonglah aku menjaga kata-kata ku kini

Tolong lah aku, Ya Allah. Ku insafi kekurangan diriku ini.

Comments: Post a Comment