<$BlogRSDUrl$>

Saturday, March 29, 2008

Ia Sudah Nyata 

by Ikinz

Yang kuduga jadi kenyataan juga
Dia kembali bersamanya
Datangnya ia dengan tiba-tiba
Perginya juga tak diduga

Satu pengalaman pembuka mata
Jujurnya insan susah nak teka
Kena lah aku menilainya
Jika mahu dengan yang setia

Khabar gembira dari Mak
Akan ada satu lagi perkahwinan
Kini giliran Abang yang nak
Tinggal lah aku dan Mi nantikan

Entah mengapa sebak di dada
Bila mendengar khabar berita
Gembira pun ada dalam jiwa
Sebak kerana satu lagi yang kembali juga

Buntu kekadang pikirkan ini
Manalah hidup tanpa dugaan
Kuharapkan dia berubah nanti
Jadi orang yang tinggi berkebolehan

Insafi diri untuk dirinya
Hilangkan beban pada keluarga
Agar bahagia kunjung tiba
Senyuman terukir di bibir semua

Aku di sini selalu busy
Lupakan segala duka lara
Mana nak ku cari
Si dia yang entah dari mana

Kuharapkan juga sejuk di hati
Tapi masalah yang datang lagi
Dia masih tak faham lagi
Isi hatiku yang murah retak ini

Tak sedari aku dilukai
Namun mungkin aku dipersalahi
Nak berkata aku tak biasa lagi
Namun... biarlah ia berlalu pergi

Comments: Post a Comment