<$BlogRSDUrl$>

Saturday, April 12, 2008

Rinduku 

by Ikinz

Belum sehari ku dah rindu
Hanya kerana titipan singkat darinya
Ia seperti satu maksud
Darinya untuk berkawan denganku

Jika betul bagaikan rasa
Syukurku pada Ilahi
Dengan pemberianNya
Yang di luar kemampuan ku

Rinduku kepadanya kini ada
Ingin berbual seperti kelmarin
Meluahkan dan berkongsi
Kurasa gembira tak terkira

Jika titipan kerap terjadi
Mungkinkah dia berjinak-jinak
Jika tidak aku bertepuk sebelah tangan
Alhamdulillah.... tak lah malu nak meluahkan

Tiap kali melihat potretnya
Seringku tersenyum gembira
Walau sedang tertekan jua
Dia penawar segala kekusutan

Sedangkan senyuman membuatku gembira
Setiap bicara meninggalkan kesan
Inikah berkah kesabaran
Yang aku doakan setiap masa?

Please log-in manisku.. Missing you already... : (

Comments: Post a Comment