Saturday, April 12, 2008
Rupanya...
Diambil berat rupanya dia
Mendoakan yang terbaik untukku
Adakah dia merasakannya?
Seperti mana aku rasakan?
Kini mula berjinak-jinak
Mungkin kerana ada perbualan
Sama pendapat sama keinginan
Merapatkan jurang yang pernah ada
Dia pahlawan idaman hati
Datangnya untuk si puteri
Kini puteri bersemangat kembali
Hadirnya pahlawan menyelamatkan diri
Ya Allah... Aku bersyukur dengan kurniaan Mu. Ku harap ia akan berkekalan. Semoga apa yang diinginkan, akan jadi kenyataan. Ameen...
