Thursday, April 24, 2008
Untuk KAU yang kurang sopan!!!
Kutujukan ini untuk kau
Biar kau tahu apa yang terjadi
Aku bukan yang kau sangkakan
Mungkin KAU yang begitu
Malulah KAU kepada Tuhan
Dengan kelakuan yang memalukan
Aku tahu tentang dirimu
Pandanganku terhadapmu berubah setelah itu
Yang baik-baik telah terpadam
Hanya dengan kelakuan burukmu
Kau tak pandai menilaikan rupanya
Kau juga tertipu olehnya
Aku tak peduli jika kau tertipu
Kerana itu suratan nasibmu
Kau biadap masuk diariku
Membaca tanpa izin aku
Walau dia yang memberi
Kau harus hormati
Kerana diari ini luahan hati
Bukan untuk kau mengkhianati
Malang sungguh Hani
Dapat seseorang sepertimu
Mungkin juga dia bertuah
Sepadan sungguh dengan dirimu
Heh...
Manusia yang kejam akan dapat balasanNya
Allah berikan untuk kau hadapi
Aku tahu aku tak salah
Tak pernah aku membuat-buatkan cerita
Dugaan ini satu pelajaran
Jadi iktibar untuk diriku
Hanya satu nak kukhabarkan
Mungkin kau ada cemburu denganku
Lihatlah wahai Is
Kelebihanku adalah kurniaan Nya
Jika kau cemburu kerana itu
Kau silap... kerana itu semua milik Nya
Walau apa pendapatmu
Aku tak gentar dengan tohmahanmu
Aku tahu aku tak bersalah
Allah sentiasa di sampingku
Aku hanya berdoa untukmu
Agar kau bahagia bersama Hani
Dah tak ku pandang kebaikannya
Kerana itu semua membutakanku
Ingatlah Is... setiap manusia yang kejam
Akan dapat balasan Tuhan
Kerana itu yang dijanjikan
Manusia teraniaya akan dilindungiNya
