Wednesday, May 14, 2008
Tentang Dia
Semenjak peristiwa itu
Dia berubah mendadaknya
Membuat aku keliru
Adakah dia merasakannya?
Kelakuannya membuatku sangsi
Jika dia tahu malulah aku
Sejauh ini aku bersahaja
Biarlah dia dengan dirinya
Dikala makan dia tersenyum
Melihatku berlalu sambil menyapa
Ditanya ku lagi apa dia
Kuulangi... "makan?"... kita tersenyum
Usikannya memang sahaja
Dua kali bertembung di koridor
Diusiknya bersahaja
"Kertas siapa tu".... dan "Rajinnya"
Di kala aku berkata "Terima Kasih"
Kuberlalu pergi bersahaja
Dia cuba mengikut langkah
Aku cepatkan... eksyen dah lambat
Kita bersaingan juga
Langkahnya cepat juga
Berbual sikit tentang Mak Tiri
Dia kata... "Eh, kelas mana pulak aku nak pergi ni?"
Di kala mesyuarat dia terlambat
Dia datang menarik kerusi
Diduduknya sebelah Ja
Dan aku memang di sebelahnya
Terserlah dirinya yang sebenar
Entah mengapa kurasa dekat dengannya
Dia duduk rapatlah sangat
Tapi... rasa ini sudah pudar
Sekali dia ada mengusik
Sebelum pulang dia berjenaka
Hendaknya panggilkan Pakcik
Siapkan bantal dan tilam semuanya
Kelmarin dia tersenyum di depan lif
Sambil bersapa bila bertemu
Apa nak ku rasa
Hilang segalanya kerana dia
Semalam dia meniak Ja
Diajaknya Ja menumpang
Aku buat macam biasa
Dilambainya aku sebelum memandu pergi
Kesudahannya... dia hanya insan biasa
Dan aku... harus teruskan perjuangan
Walau Ja simbol idola semua
Dia bukan seseorang yang harus aku agungkan
Allah... ampunkan aku
Kerana kesilapanku
Bergaul dengannya mungkin satu kesilapan
Kerana aku boleh termasuk dalam kancah bencana
Ampun Ya Allah
Kau tahu apa yang bakal berlaku
Kau lindungilah aku dari kekejamannya
Si Ja... yang manis luarannya
Amin... Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
