Wednesday, February 04, 2009
Benarkah???
Benarkah apa yang aku alami
Benarkah dia sudi berkawan
Benarkah dia katakan aku baik
Benarkah dia berbual denganku
Hari ini... dia mesra
Semenjak hari tu
Kita seperti kawan biasa
Kita berbual macam mesra
Ku akui... Ja tetap di atas sana
Baru semalam aku cemburu
Melihat mereka bertiga
Tapi hari ini... berbeza
Ditinggal dia makan sendirian
Merajuk pulak kawan tu
Dikatanya kita tak sanggup tunggu
Lucu... tapi, biar dia rasakan
Ada kalanya kita dekat
Rasanya macam nak terpegang
Nasib baik aku masih waras
Menjaga tata tertibku di sekolah
Hari ni dia nakal
Kita penuh usik mengusik
Pertama... masa mesyuarat
Dia berteka-teki... sungguh lucu
'Mastautin'... I tahu tu...
Kita seperti anak kecil
Baru mendapat laptop baru
Mencuba dan terus mencuba
Dia pun nak main sama
Dalam kelam kabut aku terpegang
Rasanya bukan aku punya
Kulihat 'pencilbox'... dia yang punya
Hendak berpatah... malu rasanya
Dia datang dan bertanya
Apa kebenda yang harus murid-murid bawa
Hanya pertanyaan itu aja kah
Aku tak berani berharap
Dia berlalu acapkali
Entah kenapa aku tak pasti
Mungkin kebetulan aku pun tak tahu
Dia tersengih bila berlalu
Dia buat aku tersenyum
Banyak kali beberapa hari ni
Allah... apakah ini semua
Kejap dia suka, benci dan sayang
Pelik...
